Anda salah seorang daripada peminat travian. Ingin tahu bagaimana untuk menjadi pemerintah yang paling hebat. Saya ada rahsia nya. Pengalaman bermain Travia selama 4 tahun. 4 tahun di server US dan 3 tahun di server malaysia.3 tahun di server indonesia.
disini banyak tips-tips yang akan saya kongsi bersama.
- baagaimana menjadi pemanjat mingguan
- bagaimana untuk mencapai Ranking pertama
- bagaimana membina empayer terbesar
- bagaimana membina askar terbanyak
- bagaimana menjadi persekutuan terkuat.
- bagaimana menjadi orang yang digeruni.
disini saya akan membongkar rahsia-rahsia pemain terhebat Travian server malaysia apabila anak sarawak atau server malaysia telah memecah rekod apabila membina kpg terbesar iaitu 61 buah kampung dan populasi terbesar sepanjang server malaysia telah di buka.
1) BAGAIMANA MENJADI PEMANJAT MINGGUAN
sangat-sangat senang. Anda jangan mendaftar akaun anda ketika tarikh pra pendaftaran. daftar tiga minggu selepas tarikh pendaftaran diumumkan. hal ini kerana. Jikalau anda mendaftar terlalu awal maka, anda akan dikelilingi oleh orang yang hebat-hebat atau boleh dikatakan otai-otai travian.jadi kampung anda tidak akan membangun oleh kerana.. kemungkinan besar anda diserang adalah sangat tinggi. Jadi daftar seminggu atau dua minggu selepas permainan bermula.
2) BAGAIMANA MENCAPAI RANKING PERTAMA
Ini adalah sangat susah, tetapi tidak mustahil. Yang paling penting. Hati mesti tenang. haaa.. mmmm.. apa yang anda harus lakukan ialah. cari sekurang-kurangnya 5 orang sitter atau penjaga satu akaun. ini bermaksud, ada 5 orang yang jaga akaun anda. ini sangat-sangat membantu kerana apabila anda tidak online, maka mereka-mereka inilah yang menjaga akaun anda. Untuk mencapai ranking pertama, populasi anda haruslah besar. apabila populasi besar maka memerlukan kampung yang banyak. So petuanya adalah. dapatkan kampung sebanyak yang mungkin. apabila kampung anda mula kuat. jangan bina kampung itu sendiri.. kita RAMPAS kampung orang lain.. itu jalan terbaik. jimat masa dan cepat. hanya RAMPAS kampung orang. itu adalah petuanya.. lagi satu. bina penghulu sebanyak yang boleh. sehingga 10 orang. ini akan mempercepatkan kesetiaan kpg orang yang diserang menurun. hanya memerlukan sekali serangan untuk merampas kampung orang lain berbanding anda menggunakan seorang penghulu. kalau menggunakan seorang penghulu anda perlu menyerang sebanyak 5 kali untuk merampas kpg itu. membuang masa.. ini nampak tidak berapa menjadi.. tapi ini sangat berkesan kerana kebanyakan ranking 1 hingga 10 menggunakan tektik ini.
saya akan memberitahu tips yang seterusnya minggu hadapan.. jadi jangan lupa mengetahui tips-tips yang lebih berkesan. saya akan membongkarkan segalanya.. jadi bookmark blog ini.. minggu hadapan ok. (22.5.2010)

No comments:
Post a Comment